Berita Hari Ini

Kajian penetapan gaji permulaan siap Oktober

KUALA LUMPUR: Penetapan Gaji Permulaan pelbagai sektor termasuk graduan akan siap dalam tempoh enam bulan lagi, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Katanya, kajian itu akan siap pada Oktober dan bakal dibukukan sebagai garis panduan pekerja.

“Kajian mencakupi pelbagai sektor dan lokasi majikan, bukan saja di bandar tetapi mencakupi luar bandar,” katanya menjawab soalan tambahan Hee Loy Sian (DAP-petaling Jaya Selatan), di Dewan Rakyat , pagi ini.

Dalam pada itu, Riot Jaem berkata kadar pengangguran di negara ini meningkat daripada 248,000 pada 2014 kepada 273,600 (2015).

Katanya, bagi mengurangkan graduan menganggur, kerajaan melaksanakan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Untuk Graduan Menganggur yang diselia Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta.

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), berhubung GLC yang tidak bekerjasama kepada SL1M, beliau berkata Datuk Seri Najib Razak sendiri mahu syarikat senaraian awam mengambil bahagian dalam program SL1M atau mereka mungkin berdepan kesukaran mendapatkan kontrak besar daripada kerajaan.

“Kita bangga apabila perdana menteri mahu penyertaan syarikat terbabit dalam program ini dengan menjadikannya prasyarat yang akan menentukan kelayakan untuk mendapat kontrak kerajaan pada masa akan datang,” katanya memetik sumber Berita Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");