Perak Hari Ini

Kebersihan Tandas Awam Sentiasa Dipantau

IPOH:Satu bentuk kerjasama strategik bersama Institut Darul Ridzuan (IDR) diperkenalkan sebagai garis panduan kebersihan tandas daripada SIRIM telah dilaksanakan di semua masjid dalam negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata ia dilancarkan bagi memastikan kebersihan tandas sentiasa terjaga.

Malah jelasnya Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) juga telah menubuhkan pasukan CSR Hammam di peringkat jabatan, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) dan daerah.

“Pasukan tersebut dianggotai oleh Rakan Belia Masjid. Pada masa yang sama jawatankuasa kariah Masjid-Masjid diminta memainkan peranan yang proaktif bagi memastikan tandas sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria dan mesra pengguna,”katanya menjawab soalan lisan yang diajukan oleh ADUN (BN-Temenggor) Salbiah Mohamed pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Tambahnya lagi, pemeriksaan serta pengauditan kebersihan ke atas tandas-tandas awam di semua lokasi turut dilakukan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memastikan tandas awam kekal bersih.

“Pihak PBT telah menggunakan Garis Panduan Star Rating Kebersihan Tandas Kegunaan Awam di kawasan kelolaannya dan tandas tersebut akan diaudit secara berterusan sepanjang tahun oleh Pegawai Pemeriksa yang terdiri daripada Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan di kawasan berkenaan,” katanya.

Menerusi garis panduan itu jelas Nizar, tahap kebersihan akan dinilai dan diberikan jumlah bintang bukti penarafan kebersihan tandas awam.

Kerajaan Negeri katanya turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman, Adun Temenggor Salbiah Mohamed, Adun Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim kerana mengambil inisiatif dengan menganjurkan pertandingan Tandas Bersih, Menarik,Wangi (BMW) yang sedang berlangsung sehingga Mei ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");