Membawang Hari Ini

Konsert:Estranged Gabung Anggota Baharu & Lama

KUALA LUMPUR: Estranged berusaha mengumpulkan kembali anggota lama kumpulan itu apabila mereka mengadakan konsert di Petaling Jaya, 13 Mei depan. Ketika ini, kumpulan yang terkenal dengan lagu Hancur Aku itu dianggotai oleh Rich Gimbang selaku vokalis, Din Hermatov (gitar) dan Nor Hanafi (gitar).

Kumpulan yang mula aktif di arena muzik sejak 2001 itu sebelum ini pernah diperkuatkan oleh Alda Evan Tan selaku pemain gitar bes (2001), Adzrai Zainal (gitar utama; 2001-2005), Chow Ken Chung (bes; 2001-2007) dan Azwin Andy (dram; 2001-2015).

Menurut Din, selain menggabungkan kembali anggota asal, Konsert Estranged Sepenuhnya: Setia Sedekad, Itu Kamu yang akan dipentaskan di Auditorium Bentley Music ini juga diharap dapat merapatkan kalangan peminat lama dan baharu, selepas melihat sambutan luar biasa diberikan pada persembahan mereka di Johor Bahru pada 3 Februari lalu.

Konsert berkenaan turut dianjurkan sebagai sebahagian medan promosi bagi album terbaru mereka, Sepenuhnya Vol 1.

“Bukan sekadar konsert biasa, sebaliknya persembahan ini juga ialah projek amal kami bagi membantu masyarakat pedalaman di Sabah. Sebahagian daripada hasil jualan 100 tiket akan disumbangkan kepada usaha membekalkan tenaga elektrik kepada mereka,” katanya.

Mensasarkan kehadiran 500 penonton, mereka berkata, konsert itu juga akan membuka peluang kepada penuntut jurusan muzik dari semua institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang menyaksikan persembahan kumpulan terbabit dengan potongan harga tiket sebanyak 50 peratus. “Kami tidak mahu konsert yang diadakan ini sekadar memberi hiburan kepada peminat, sebaliknya turut menyelitkan kerja amal.

“Namun, berikutan sudah banyak konsert yang diadakan bagi membantu mereka yang sakit atau orang susah, jadi kami memilih untuk menyumbang kepada mereka yang berada di pedalaman Sabah,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Din turut memberitahu, pada konsert itu nanti, mereka akan mempersembahkan Hancur Aku dengan cara berbeza memandangkan rakan duet Rich menerusi lagu terbabit, Fazura, tidak dapat turut serta menjayakannya. Selepas Petaling Jaya, Estranged merancang membawakan persembahan berkenaan ke Sabah dan Perak pula.

Estranged turut dicalonkan dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH ke-30 (ABPBH 3.0) dalam kategori Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular. Undian boleh dilakukan dengan melayari www.abpbh.com.my.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");