Sukan Hari Ini

Legenda Chelsea, Didier Drogba, sertai Phoenix Rising

PEMAIN legenda Chelsea, Didier Drogba, menyertai pasukan Liga Bolasepak Bersatu (USL), Phoenix Rising, sebagai pemain dan pemilik bersama kelab itu.

Drogba menjadi ejen bebas sejak meninggalkan Montreal Impact tahun lalu selepas menolak peluang menyertai kelab Brazil, Corinthians, Februari lalu.

Bagaimanapun, pemain berusia 39 tahun itu kini telah pun menemui rumah baru di Phoenix, di mana dia turut menjadi sebahagian daripada pengembangan kumpulan pemilikan francais Liga Bolasepak Utama (MLS).

Phoenix ketika ini memasuki musim keempat dalam USL, dan menduduki kedudukan ke-12 Western Conference dengan satu kemenangan selepas tiga perlawanan.

“Saya telah membuat keputusan sewajarnya dan saya sangat teruja dengan peluang ini,” kata Drogba memetik sumber Astro Arena.

“Selepas melihat sendiri potensi untuk sukan bola sepak berkembang di Amerika Utara dan mengenali kumpulan pemilik di Phoenix, saya yakin mampu membantu mereka memajukan lagi organisasi pasukan ini di atas dan di luar padang.

“Tiada bandar lain selain Phoenix yang mampu dikembangkan ke dalam MLS.”

Drobga menjaringakan 23 gol dalam 41 penampilan bersama Impact, selepas empat kali menjuarai Liga Perdana Inggeris dan satu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah bersama Chelsea.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");