Jenayah

Lelaki Hina Sultan Terengganu Ditahan

KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai memuat naik komen berunsur menghina Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di Padang Jambu, Dungun, petang semalam.

Dalam pada itu, polis juga sedang menjejaki seorang lagi pemilik akaun Facebook yang turut menulis komen berunsur menghina Sultan Terengganu.

Memetik sumber Berita Harian Online, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman, berkata suspek dikesan selepas polis menerima tiga laporan berhubung tindakannya memuat naik komen berkenaan di laman sosial, Facebook.

Katanya, hasil kerjasama polis dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), suspek yang bekerja sebagai buruh itu dapat dijejaki sebelum tangkapan dilakukan di rumahnya di Dungun, petang semalam.

“Suspek ditahan pada kira-kira jam 4.50 petang semalam oleh sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dan Dungun.

“Kes disiasat mengikut tiga akta iaitu Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, Seksyen 41 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Suspek direman selama empat hari mulai hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");