Perak Hari Ini

Program Permukiman Bukan ‘Kempen PRU’

IPOH:Kerajaan Negeri menafikan dakwaan bahawa penganjuran program Permukiman Menteri Besar bersifat sebagai salah satu kempen ‘pilihan raya’ PRU.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa penganjuran tersebut tidak bersifat sedemikian berikutan ia telah berlangsung selepas berakhirnya pilihan Raya ke -13 lagi.

“Ia dianjurkan bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat iaitu yang membawa imej kebertanggungjawaban kerajaan kepada rakyat.

“Malah ada tanggapan pemimpin tidak ambil berat terhadap rakyat namun mereka boleh menilai dan rakyat sebenarnya menjadi hakim,” katanya menjawab soalan lisan diajukan ADUN Hutan Melintang S.Kesavan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Malah jelasnya, kerajaan negeri akan tetap meneruskan program permukiman atau dikenali sebagai program turun padang sejak tahun 2010 lagi iaitu langkah turun padang dan mencari jalan penyelesaian.

“Mendekati rakyat secara langsung serta membuka ruang dan peluang menyelesaikan rakyat mereka dan pendekatan ini telah memberi impak yang baik kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri.

“Ia telah dibuat di 6 daerah Kerian,Larut Matang dan Selama,Kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Taiping, Perak Tengah setiap daerah sekurangkurangnya 100 satu program dianjurkan

“Program ini bakal dianjurkan di lima kawasan hilir Perak, kuala Kangsar, Mualim, Bantang Pandang dan Manjung,” katanya lagi.

Zambry turut menafikan bahawa tiada peruntukan khas dan tambahan bagi membiayai program tersebut dan segala kos dibawah peruntukan tahunan yang telah disalurkan diperingkat agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Kita turut melaksanakan penambahbaikan program dengan melanjutkan program kepada lima hari, menambahkan bilangan aktiviti melibatkan rakyat dan melibatkan semua exco kerajaan negeri dan Persekutuan supaya memberikan impak yang dihasratkan.

“Bagi mewujudkan suasana yang mesra rakyat,acara yang disusun berbentuk santai dan komunikasi rakyat dengan kerajaan telah diterapkan sentiasa digalakkan tujuh teras kebersahilan utama dan pendekatan inklusif melibatkan kerjasama pelajar sekolah, pendidik, pemimpin masyarakat dan masyarakat setempat.

Beliau turut menjemput semua wakil rakyat turut bersama sama menjayakan program tersebut termasuk juga penyertaan wakil pemimpin pembangkang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");