Perak Hari Ini

Fit Perak@Kuala Kangsar Meriah!

KUALA KANGSAR:Seramai hampir seribu pengunjung telah memeriahkan Program Fit Perak@Kuala Kangsar yang berlangsung di Sekolah Menengah Tun Perak Padang Rengas di sini hari ini.

Program tersebut merupakan kesinambungan daripada program Fit Malaysia dan ia telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Fit Perak@Kuala Kangsar dimulakan dengan acara kemuncak kayuhan yang disertai oleh pelbagai peringkat umur sejauh 25 kilometer.

Turut hadir sama,Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal dan barisan exco kerajaan negeri.

Fit Perak@Kuala Kangsar merupakan acara kemuncak yang diadakan sempena program permukiman Menteri Besar di daerah Kuala Kangsar yang berlangsung bermula 16 Mei dan berakhir pada hari ini.

Sama seperti penganjuran di lapan daerah sebelum ini, Fit Perak@Kuala Kangsar telah menampilkan beberapa aktiviti menarik sepanjang program itu berlangsung antaranya seperti karnival pendidikan,senamrobik dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Menteri Besar turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara berbasikal yang melibatkan jarak sejauh kira-kira 10 kilometer.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");