Perak Hari Ini

Program Permukiman Langkah Efektif Akrab Hubungan Pemimpin & Rakyat

KUALA KANGSAR:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan program Permukiman Menteri Besar di setiap daerah di negeri ini merupakan satu langkah efektif yang mampu membentuk keakraban antara pemimpin dan rakyat.

Katanya, dengan pendekatan para pemimpin turun di lapangan keranaan negeri telah menerima maklum balas dan dokongan baik dari rakyat di setiap kawasan penganjuran program ini.

“Cara pendekatan kita diterima baik rakyat dan ia memberikan semangat kepada kita apabila melihat dokongan dan keikhlasan rakyat,” katanya kepada media pada majlis penutup Fit Perak sempena Program Permukiman di Daerah Kuala Kangsar hari ini.

Terdahulu sebanyak 157 program berjaya dianjurkan melibatkan tiga kawasan di daerah ini iaitu Parlimen Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Sungai Siput selama lima hari yang bermula pada 16 Mei hingga hari ini.

Jelasnya lagi, sepanjang lima hari program itu berlangsung ia terbukti dapat mengeratkan hubungan pemimpin dan rakyat dan mengenalpasti permasalahan rakyat secara amnya.

“Kita dapat melihat sejauh mana perkembangan projek pembangunan di ketiga -tiga Parlimen malah kesemua pemimpin turut memberikan kerjasama termasuk kesemua barisan exco dan adun di setiap kawasan,” katanya.

Tambahnya lagi,ia bukanya satu program bermusim seperti dakwaan pihak pembangkang kerana ia telah diteruskan sejak lapan tahun yang lalu dalam usaha memastikan kerberhasilan.

“Bermula dengan klinik Dr Zambry pada tahun 2013 dan pada ketika itu hanya berkampung selama 2 hari seterusnya dengan program 3P menerusi tambahan masa lawatan ke satu kawasan.

“Permukiman bukan kerana musim pilihan raya tetapi ia berkaitan urusan kita bersama dengan rakyat,” katanya.

Jelas Zambry lagi, kejayaan program ini juga bukti semua pihak bekerja sebagai satu pasukan iaitu melibatkan  pimpinan dan anggota kerajaan dalam semua sektor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");