Perak Hari Ini

APM Kinta Bantu Pusat Jagaan Warga Emas

IPOH:Seramai lebih 50 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kinta termasuk pegawai dan sukarelawan mengambil inisiatif untuk bergotong-royong membersihkan persekitaran Pusat Jagaan Sayang Muslim Kampung Manjoi Baru Tambahan di sini hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Kinta, Leftenan Muda Muhammad Ameen Salleh Mura

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Kinta, Leftenan Muda Muhammad Ameen Salleh Mura, program tanggungjawab sosial (CSR) berkenaan dilaksanakan bersempena sambutan Aidilfitri dimana ia berfokuskan kepada kebajikan orang-orang tua di pusat kebajikan yang terpilih.

“Kita selalu membantu pusat kebajikan dan rumah anak-anak yatim tetapi kita melupakan kebajikan orang-orang tua yang turut sama pentingnya dan sering diabaikan,” katanya ketika ditemui pada program gotong-royong dan sambutan Aidilfitri warga APM Kinta bersama warga emas.

Tambahnya lagi, pihak APM mempunyai aset dan tenaga yang boleh disalurkan dalam membantu membersihkan dan menceriakan kawasan tempat tinggal warga emas tersebut.

“Program gotong-royong dan rewang hari ini bukan sahaja menceriakan warga emas di sini tetapi menggembalikan nolstagia mereka dengan hidangan lauk-pauk kampung yang dimasak sendiri oleh anggota kami,” katanya.

Terdahulu, program telah dirasmikan oleh Adun Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin.

Mohamad Ziad berkata, usaha mendekati golongan warga emas adalah satu sikap prihatin yang baik dan perlu dilaksanakan di lokasi yang lain dalam memastikan kebajikan warga emas sentiasa terbela.

“Semoga pihak APM akan terus menjalankan aktiviti bermasyarakat sebegini dalam usaha berbakti kepada orang ramai,” katanya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kotak bangunan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan duit raya kepada warga emas di pusat jagaan itu.

Pengurus Pusat Jagaan Sayang Muslim, Hasan Dawi

Bagi pengurus pusat jagaan, Hasan Dawi, kedatangan APM Kinta kali ini telah memberikan satu sinar keceriaan kepada penghuni pusat jagaan dan meringankan sedikit bebanan yang ditanggung pihak pengurusan.

“Terima kasih kepada semua yang hadir membantu kami sangat menghargainya, pihak pengurusan amat menggalakkan kehadiran para sukarelawan yang sudi datang membantu penghuni di sini,” katanya.

Jelas Hasan segala keperluan bagi menjaga lapan orang warga emas di pusat jagaan ini masih mencukupi namun bantuan dari segi lampin pakai buang amat diperlukan.

“Kita berharap ada yang datang sebagai sukarelawan dan sumbangan lampin pakai buang bagi warga emas di sini juga diperlukan,” katanya.

Hasan turut mengalu-alukan kehadiran para sukarelawan juga pihak yang berminat untuk menyalurkan bantuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");