Isu Panas

Dakwaan Tun M, Zahid Mahu Jadi PM Tak Mungkin Benar

KUALA LUMPUR – Tuduhan terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pernah memohon simpati dan sokongan beliau bagi menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri selepas Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merupakan satu permainan minda bagi menggugat kestabilan ahli-ahli UMNO.

Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Anuar Mohamad Yunus berkata, strategi Mahathir itu bagaimanapun tidak akan mampu mengganggu-gugat kesatuan ahli-ahli UMNO kerana mereka sudah arif dan masak dengan permainan taktik lama Mahathir tersebut.

“Melihat kepada jalur masa peristiwa itu dikatakan berlaku sudah cukup meyakinkan kami bahawa tuduhan Mahathir adalah sesuatu yang tidak mungkin benar berlaku.

“Warga UMNO dan Barisan Nasional sedang memberi fokus melaksanakan khidmat kepada rakyat dan negara serta bersedia untuk menang pilihan raya akan datang. Jadi, tiada masa untuk dibazirkan bagi kita melayani tohmahan-tohmahan sebegini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar yang juga Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian (NKB) 1Malaysia berkata, pihaknya mengikrarkan sokongan penuh dan mencurahkan taat setia kepada kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri dan Ahmad Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri.

Mahathir membuat tuduhan keatas Ahmad Zahid itu hanya selepas Ahmad Zahid mendedahkan nama sebenar Mahathir yang dipercayai berasal dari India beberapa hari lalu sedangkan Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2015. – Mynewshub.cc

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");