Jenayah

Mengaku Salah Rakam Gambar Bogel Melalui CCTV

IPOH: Seorang pengusha inap desa didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini, selepas mengaku bersalah merakam gambar bogel lapan penghuni menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) pada 2014.

Tertuduh, Lim Lai Heng, 45, didakwa merakam gambar tiga lelaki dan lima wanita berusia antara 17 hingga 53 tahun yang sedang mandi di tingkat atas premis inap desanya menggunakan CCTV mini dengan niat hendak mengaibkan mangsa di Ipoh Garden Homestay di No 31, Jalan Pekeliling Tasek, Taman Canning, antara 2.30 petang hingga 11.30 malam, 27 Julai 2014.

Lim pada 1 Oktober 2014 didakwa dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Azriah Zaid di hadapan Majistret Siti Salwa Ja’afar, manakala tertuduh diwakili peguam, Dexter Mah.

Bagi kes pertama membabitkan tiga mangsa, dia didenda RM4,000 dan enam bulan penjara jika gagal membayar.

Kes kedua yang membabitkan tiga mangsa lain, Lim turut dihukum denda RM4,000 dan enam bulan penjara jika gagal bayar.

Manakala bagi kes ketiga yang membabitkan dua mangsa pula, dia dihukum denda RM2,000 dan enam bulan penjara jika gagal membayar.

Lim membayar keseluruhan denda yang dikenakan.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");