Perak Hari Ini

Arena Sukan Wushu Terbesar Di Perak Bakal Dibangunkan Hujung Tahun ini.

IPOH: Perak bakal mempunyai gelanggang terbesar di Malaysia, yang khusus untuk pembangunan sukan wushu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, bangunan yang berukuran lebih 40 kaki persegi itu akan membantu memantapkan lagi kualiti sukan wushu di negeri ini.

“Inisiatif ini merupakan bukti bahawa kerajaan negeri amat bersungguh-sungguh membangunkan sukan wushu.
“Ia bukan sahaja untuk Persekutuan Tarian Naga dan Singa Negeri Perak malah merupakan sebahagian dari usaha untuk mengembalikan kegemilangan sukan ini kerana sebelum ini, negeri Perak amat terkenal dengan sukan wushu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Kebenaran Tapak Baru Bangunan bagi persatuan tersebut di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Jumaat.

Tambah beliau, bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk membawa seorang jurulatih dari China untuk melatih para atlet sukan ini.

Selain itu, Mah yang juga pengerusi bagi persatuan ini berkata akan melantik seorang ahli perniagaan, Datuk Kew Chee Fah sebagai pengerus pasukan wushu ini.

Beliau yang juga penyumbang utama kepada pembinaan arena tersebut bakal membantu pasukan wushu Perak bagi menghadapi Kejohanan Wushu Peringkat Nasional Kali Ke-26 yang akan diakadan di Pulau Pinang, bulan hadapan.

Bangunan yang bakal dibina pada penghujung tahun ini mendapat sumber kewangan dari pelbagai pihak antaranya melalui majlis makan malam amal, penjualan pejabat lama, dan sumbangan orang ramai.

Kos pembinaanya melibatkan lebih dari RM 1juta dan ia dibangunkan di atas tanah seluas lebih 1 ekar, milik kerajaan negeri, di Buntung, dekat sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");