Jenayah

Bapa Durjana Dihukum Penjara 48 tahun, 24 sebatan

Putrajaya – Seorang bapa dihukum penjara 48 tahun dan sebat sebanyak 24 kali di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak selepas mengaku bersalah atas 623 tuduhan pelbagai kesalahan seksual.

Lelaki terbabit yang juga seorang ajen hartanah itu didakwa atas satu pertuduhan merogol, satu pertuduhan penganiayaan seks, 30 tuduhan sentuhan seksual secara fizikal dan 591 tuduhan liwat.

Utusan Online melaporkan, berdasarkan fakta kes, mangsa kali pertama diliwat pada 3 April 2015 ketika dia berusia 13 tahun.

Apa yang lebih mengejutkan, mangsa ketika itu sedang melakukan umrah bersama bapanya di Mekah.

Kejadian itu berterusan pada satu kejadian mangsa telah diliwat sehingga terkeluar najis.

Lelaki terbabit, yang juga bapa kepada tiga anak perempuan, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di rumah mereka di Sungai Way, Petaling Jaya pada tarikh-tarikh berlainan pada sebelah pagi, petang dan malam.

Kejadian didakwa berlaku di antara bulan Januari dan Julai tahun ini sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam di rumah mereka di Sungai Way.

Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat anak kandungnya setiap hari sepanjang bulan Januari, Februari, Mac, April dan Jun (termasuk ketika sambutan hari raya pada 25 Jun lalu).

Pada bulan Mei, dia didakwa meliwat mangsa setiap hari kecuali dua hari sebelum bulan Ramadan (25 dan 26 Mei) dan pada hari pertama menunaikan ibadah puasa (27 Mei).

Lelaki berkenaan turut dituduh melakukan perbuatan itu setiap hari bermula 1 Julai hingga 20 Julai lalu sebelum laporan polis dibuat oleh bekas isteri tertuduh pada 25 Julai lalu.

Turut hadir pada prosiding hari ini ialah Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim- Utusan Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");