Membawang Hari Ini

#CintaLokasi: Promosi Drama Bodoh Berleluasa!

SEKARANG trend memperbodohkan peminat memasuki era baru melalui strategi promosi #CintaLokasi.

Apabila drama bersiri hampir memulakan siaran di TV, ia akan bermula dengan gosip cinta antara hero dan heroin. Bukan gosip cinta dalam drama, tetapi cinta lokasi.

Macam-macam kisah diwarwarkan, dengan foto atau video turut ditularkan di media sosial terutama IG. Strategi ini berlarutan sudah lama. Wajah-wajah artis hipokrit, termasuk pengarah dan penerbit sudah dicam peminat. Stesen turut terbabit dalam konspirasi murah gambaran tahap IQ yang rendah.

Selain foto dan video, paling gila ialah baruah yang diupah melancarkan hastaq cinta. Gandingan nama hero dan heroin akan diviralkan. Baruah juga akan memulakan strategi memuatnaik komen-komen untuk meriuhkan keadaan.

Paling bangang, artis yang hipokrit ini turut melaburkan komitmen melalui kaedah penipuan ini dengan memperbodohkan diri. Konon sedang bercinta di lokasi.

Paling tak boleh blah ialah, sebaik drama selesai, kedua-dua hero dan heroin akan menidakkan segala komitmen cinta lokasi. Ada yang mengumumkan sudah putus. Ada pula yang tiba-tiba mengatakan masih solo.

Sebenarnya, banyak perkara yang bukan bangang boleh dipromosikan. Tema drama, konflik sosial yang diangkat dalam drama, kesan perwatakan terhadap artis, kaedah pembikinan dan cabaran di set boleh menjadi bahan promosi. Tetapi penerbit, pengarah dan stesen percaya – penonton tidak berminat dengan semua ini.

Jadi siapa sebenarnya yang mencipta set tahap pemikiran penonton?

#CintaLokasi adalah budaya paling haprak dan mencipta steategi promosi cap bangkai ayam dalam sejarah industri drama. Ia bermula, apabila industri sudah tidak mampu mencipta jalan cerita yang menarik. Tekanan bangkrap idea membuatkan gejala memperbodohkan peminat dengan strategi #CintaLokasi *berleluasa.

#CintaLokasi adalah kaedah mempromosi drama Melayu, apabila penerbit, pengarah dan stesen TV sudah tandus atau monopous idea. Semua ini terjadi apabila tiada lagi idea bagi jalan ceritanya yang baharu. Isi drama bersiri tetap blueprint yang sama dan diulang-ulang.

Ketiadaan tarikan promosi untuk mencanangkan jalan cerita yang bagus menyebabkan penerbit, pengarah dan stesen terpaksa menggunakan tahap publisiti paling tiada IQ dengan mewarwarkan kisah #CintaLokasi.

Orang bodoh buat drama – pasti bodohlah juga cara promosinya! – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");