Jenayah

Didenda RM2,000 Akibat Sembunyikan Wang

SEREMBAN – Seorang wanita dikenakan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah membantu menyembunyikan wang milik individu lain pada 29 Ogos lalu.

Mahkamah turut memerintahkan Nurliyana Mohd Sahari, 34, menjalani hukuman penjara selama lima bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan memetik laporan Sinar Harian.

Tertuduh didakwa menolong seorang individu dipercayai bertindak sebagai peminjam wang untuk menyembunyikan wang sebanyak RM1,000 yang diterima daripada Mohd Syafrin Affendi Abdullah, 31, menggunakan akaun banknya sendiri.

Wang tersebut kononnya digunakan untuk menampung cukai GST bagi membolehkan mangsa membuat pinjaman berjumlah RM25,000.

Jenayah tersebut telah dilakukan di sebuah kediaman di Suria Resident, Pajam, Mantin lebih kurang jam 4.38 petang.

Mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Soo Kok Weng manakala tertuduh diwakili oleh Iwana Sakinah Mohd Lajis dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");