Jenayah

Mayat Lelaki Dipercayai Disambar Buaya Ditemui

BETONG: Misteri kehilangan seorang lelaki yang dilaporkan dibaham buaya di Sungai Kuala Besar, Pusa dekat sini sejak Ahad lalu akhirnya terjawab apabila mayat mangsa ditemui terapung di sungai berkenaan, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mayat mangsa, Bentayan Ilah, 31, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 3 petang.

Menurutnya, lebih memilukan, mayat mangsa ditemui dalam keadaan ngeri iaitu dengan beberapa anggota badannya hilang dipercayai akibat dibaham buaya.

“Pasukan SAR sudah membawa mayat mangsa ke pusat kawalan bomba sebelum dihantar ke Hospital Betong untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo Online hari ini.

Terdahulu,  media yang sama melaporkan seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar seekor buaya ketika sedang menjala ikan bersama seorang rakannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");