Jenayah

Penyelewengan Dana: Datuk, 2 Individu Bebas Reman

PUTRAJAYA – Ketua Eksekutif sebuah perbadanan bergelar Datuk dan dua individu lain yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM40 juta dibebaskan hari ini.

Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor memerintahkan ketua eksekutif berumur 58 tahun dan setiausaha perbadanan berumur 34 tahun itu, masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dengan dua orang penjamin.

Seorang lagi iaitu pengarah syarikat berumur 38 tahun dibebaskan dengan jaminan tunai RM28,000 dengan dua penjamin lapor Bernama.

Pada 13 September, SPRM menahan empat individu bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM40 yang disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan kemahiran khusus untuk mereka yang tiada pekerjaan.

Sebelum ini, media melaporkan keempat-empat suspek didakwa menyeleweng RM25 juta pada tahun ini dan RM15 juta pada tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");