Isu Panas

Undi Pas Sama Seperti Beri Undi Pada BN- Tun M

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan mereka yang memberi undi kepada Pas, adalah sama seperti memberi undi kepada Barisan Nasional.

Ini kerana dakwa beliau, ketika Pas dijemput untuk menyertai gabungan parti-parti untuk menentang BN dalam PRU14, Pas meletak syarat yang tetap akan memecah dan mengurangkan undi bagi Pakatan Harapan.

“Syarat Pas sebenarnya akan memberi kemenangan kepada BN,” katanya yang dipetik menerusi tulisan terbaharunya di blog http://chedet.cc.

Mengimbau semula sejarah, parti Pas, Mahathir berkata, sejak parti itu ditubuhkan, ia tidak pernah menang di peringkat nasional untuk menjadi Kerajaan, terutama di waktu bertanding tersendiri.

“Adakala Pas menang hanya satu kerusi sahaja. Yang terbanyak ialah 11 kerusi. Pas hanya dapat berada dalam Kerajaan Pusat apabila ia menyertai Barisan Nasional,” katanya lagi.

Justeru, katanya, hakikatnya ialah hanya apabila Pas bergabung dengan parti lain, terutama apabila bergabung dengan DAP yang disebut oleh Pas sebagai, ‘tahaluf siyasi’ barulah Pas menang sebanyak 24 kerusi sekali dan 27 kerusi sekali.

“Tetapi gabungan yang disertai oleh Pas tidak dapat mendirikan kerajaan pusat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");