Perak Hari Ini

Acara Rumah Terbuka Deepavali Tetap Diteruskan

IPOH: Deepavali atau pesta cahaya hari ini disambut secara sederhana oleh penganut agama Hindu di seluruh negara.

Perayaan yang disambut bagi me­­lambangkan kejayaan ke­­­baikan mengatasi kejahatan itu juga mengekalkan semangat mu­hi­bah dan keharmonian rakyat berbilang kaum menerusi tradisi rumah terbuka.

Di Ipoh, penganut Hindu dilihat memenuhi kuil di sekitar bandar ini bagi upacara keagamaan sebelum mengunjungi rumah saudara-mara dan rakan-rakan.

Bagi perayaan kali ini Peraktoday berpeluang hadir ke rumah terbuka anjuran bekas exco kerajaan negeri Tan Sri G. Rajoo di kediamannya di Lim Garden di sini mulai pukul 12 tengah hari hingga 3 petang.

Pelbagai juadah lazat disajikan kepada tetamu seperti mee goreng, satay, cendol dan lauk pauk pelbagai jenis.

Saban tahun rumah terbuka sempena perayaan Deepavali adalah satu kemestian buat G.Rajoo untuk meraikan kenalan juga orang ramai yang mengenalinya dan keluarga.

Bagi sambutan kali ini tambah meriah dengan kehadiran sekitar 500 tetamu mewakili pelbagai kaum.

Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian tradisional masyarakat India yang memeriahkan suasana sambutan kali ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");