Membawang Hari Ini

Ayda Jebat Batal Penerbangan Pulang Ke Malaysia, Penuhi Impian Peminat Cilik Di Hospital

PENYANYI Ayda Jebat sanggup membatalkan penerbangan pulang ke Malaysia untuk memenuhi impian seorang peminat cilik yang sedang terlantar sakit.

Pelakon drama MAID itu sepatutnya menaiki penerbangan pada jam 3.30 petang ke Kuala Lumpur hadir melawat Hanez Nabila, 5, yang kini sedang dirawat di Hospital Wanita & Kanak-Kanak KK di Bukit Timah, Singapura.

“Ada saudara Hanez menghubungi saya menerusi Instagram dan memberitahu saya tentang keadaan Hanez. Dia meminati saya semenjak usianya 3 tahun dan tahu semua lagu saya.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus menyatakan persetujuan dan mahu melawat serta melihat sendiri keadaan Hanez di hospital,” kata Ayda.

Secara kebetulan, sakit yang dihidapi oleh Hanez merupakan sakit serupa yang dihidapi oleh watak Laila Safitri, karakter lakonannya dalam filem Pinjamkan Hatiku yang bakal menjengah pawagam pada 30 November ini.

“Saya sangat tersentuh mengenangkan ketabahan Hanez yang melawan penyakit walaupun dirinya masih kecil.

“Tak dapat saya bayangkan bagaimana kanak-kanak sekecil ini menghidapi penyakit kegagalan hati.

“Apabila saya berjumpa dengan Hanez, saya cuba menahan rasa sebak dan menggembirakan Hanez,” katanya lagi, menurut portal Astro Gempak.

Ayda berada di Singapura bersempena Anugerah Planet Muzik 2017 (APM 2017) yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Menerusi majlis anugerah tersebut, Ayda membuat pesembahan pembukaan dengan menyampaikan lagu Nakal Nakal Nakal.

Ayda juga berjaya meraih trofi Ikon Media Sosial.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");