Perak Hari Ini

Bajet 2018, Bajet Menyeluruh

IPOH: Rata-rata rakyat menyambut baik intipati dan inisiatif Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Ibu Negara, pada Jumaat lalu.

Antara perkara yang mendapat perhatian ialah pengurangan cukai pendapatan, bantuan bayi yang lahir pada 2018, pemerkasaan ekonomi tempatan dan kebajikan masyarakat melalui aspek kos sara hidup, hak wanita, pendidikan dan kebajikan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menurut Muhammad Zamir Hashim, 32, dengan pengumuman Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai ia bakal merancakkan lagi perkembangan ekonomi di pulau berkenaan.

“Pengisytiharan itu akan menguatkan alasan lagi kenapa pelancong tempatan patut berkunjung ke (Pulau) Pangkor dan ini juga secara tidak langsung akan menarik ramai pelabur dan pemain industri untuk melabur di sana.

“Dalam masa sama, ia akan membantu meningkatkan lagi perkembangan Industri Kecil dan Sederhana di Pulau Pangkor,” katanya. 

Sementara itu, Siti Syahirah Mohd Iman, 42 berkata, bajet pada kali ini memperlihatkan usaha kerajaan dalam memperkasakan hak-hak golongan wanita.

“Saya gembira apabila Datuk Seri Najib mengumumkan cuti bersalin mandatori swasta ditambah dari 60 hari kepada 90 hari di mana ini akan memberi ruang yang secukupnya buat ibu-ibu yang bersalin untuk berehat sebelum kembali bekerja seperti biasa.

“Selain itu, kita juga menyambut baik kebenaran untuk pulang sejam lebih awal dari waktu bekerja bagi penjawat awam yang mengandung lima bulan ke atas,” ujarnya.

Pada masa sama, Vigneshmarry, 38, yang ditemui berkata inisiatif kerajaan mewujudkan dana tabungan RM200 yang dikenali sebagai ADAM50 adalah idea langkah yang bijak.

“Ia suatu cadangan yang terbaik di mana setiap bayi yang lahir bermula Januari 2018 itu secara automatik sudah mempunyai simpanan sendiri dan bagi saya ia secara tidak langsung akan mendidik masyarakat kepada amalam menabung,” katanya.

Bagi Janet Wong, 34, selain penurunan cukai pendapatan, pengumuman terhadap kebenaran majikan mengambil pembantu rumah asing secara langsung turut mendapat perhatianya.

“Langkah kerajaan bagi menurunkan cukai pendapatan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan ekonomi rakyat.

“Selain itu, pengambilan pembantu rumah tanpa melalui ejen juga dikatakan sebagai satu langkah bijak dalam mengurangkan kos perbelanjaan selain pemohonan visa pembantu rumah juga dimudahkan dengan cara berurusan secara atas talian,” katanya.

Pada masa sama, Mior Hashim Jailani, 27 berkata, Bajet 2018 kali ini unik kerana memperkenalkan pemberian cuti tanpa rekod bagi kakitangan awam yang mahu menunaikan umrah.

“Kita lihat bajet kali ini sangat menyeluruh di mana faedah yang diperoleh itu bukan sahaja membabitkan anak-anak, kakitangan awam dan swasta malah, golongan warga emas, OKU dan ketua-ketua kampung (dan tok batin) turut menerima kenaikkan elaun dan bantuan khas,” ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Fitri Mahdi, 23 berkata, inisiatif kerajaan dalam menitik beratkan kebajikan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara, disambut baik.

“Kita tahu sebelum ini bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ialah sepanjang enam bulan tetapi, kini kerajaan menambah baik dengan mengsturkturkan semula pinjaman kepada sepanjang 12 bulan selain diskaun-diskaun yang diberikan bagi membantu peminjam untuk membayar balik pinjaman mereka.

“Saya juga turut berbangga apabila Universiti Teknologi MARA (UiTM) disebut dalam pembentangan bajet dan diktiraf sebagai sebagai institusi yang berjasa kepada anak-anak bumiputera khususnya dalam bidang pendidikan tinggi,” katanya yang merupakan graduan UiTM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");