Jenayah

Simpan Harta Rompak, Pemandu Lori Didakwa

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan menyimpan harta rompak iaitu sebuah kereta jenis Toyata Camry, dua minggu lepas.

Kamarudin Mohd, 38, didakwa dengan curangnya menyimpan harta rompakan itu yang mana dia mengetahui kereta tersebut adalah harta rompakan di Jalan Susur Idaman, Daerah Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor, pada 12.01 tengah malam, 18 Oktober lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dituduh mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norakmal Farhan Aziz tidak menawarkan sebarang jamiman.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 November bagi sebutan semula kes lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");