Perak Hari Ini

Hidup Perlu Terus Mensyukuri Dan Bekerjasama

LEKIR:Tugas mengurus tadbir perlu dilakukan sebaik mungkin selain mensyukuri nikmat yang dianugerahkan selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah,Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata setiap individu tidak boleh hidup secara bersendirian dan saling melengkapi.

“Biarpun diperingkat keluarga, masyarakat, negeri dan negara tugas mengurus tadbir perlu dilakukan sebaik mungkin selain membentuk kebersamaan yang penting,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian pada karnival mahabbah sempena Program Permukiman Menteri Besar di Manjung hari ini.

Beliau terdahulu mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merasmikan karnival tersebut di Masjid Arraudah Batu 7 Lekir di sini hari ini.

Turut hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan,Datuk Saarani Mohamad ADUN Pasir Panjang Datuk Roshidi Ibrahim.

Bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut hadir selepas Solat Jumaat bagi menghadiri kenduri rakyat yang berlangsung sejurus selepas karnival tersebut.

Jelas Nizar lagi, kita perlu terus mensyukuri nikmat yang diberikan serta menzahirkan rasa syukur itu dengan melakukan ibadah dan kerja dengan sempurna.

“Jangan kita berkelahi dan berbalah hingga meruntuhkan nilai murni yang kita miliki hari ini,”katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.

Terdahulu turut disampaikan geran hak milik tanah kepada seramai 43 penerima.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");