Membawang Hari Ini

Kutipan Filem Tombiruo Cecah RM5 Juta

FILEM Tombiruo: Penunggu Rimba terus menghangatkan panggung wayang dengan kejayaan kutipan RM5 juta dalam tempoh 10 hari tayangan sejak 12 Oktober lalu.

Penerbit Eksekutifnya, Firdaus Hussamuddin berkata, beliau terkejut dengan penerimaan peminat filem Melayu terhadap Tombiruo: Penunggu Rimba.

“Sebenarnya saya terkejut dengan penerimaan masyarakat kerana filem genre begini biasanya susah diterima.

“Bagi mereka yang masih belum menonton Tombiruo,boleh ke panggung wayang untuk menikmati filem yang ‘rare’ ini,” katanya lapor Sinar Harian.

Dalam senario kutipan filem yang tidak menentukan, karya diadaptasi dari novel terkenal berjudul sama tulisan Ramlee Awang Murshid itu berjaya mencatat kutipan RM2 juta dalam tempoh empat hari tayangannya.

Tombiruo: Penunggu Rimba mengisahkan mengenai Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba. Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci oleh penduduk kampung.

Filem aksi itu dibintangi pelakon mantap terdiri daripada Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Datuk M.Nasir dan ramai lagi.

Tombiruo diarahkan oleh Seth Larney bersama pengarah bersekutu, Nasir Jani dan menyaksikan gabungan empat syarikat iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan berkolaborasi buat kali pertama selaku penerbit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");