Perak Hari Ini

MB Perak Yakin Bajet 2018 Bakal Beri Impak Positif

BERUAS: Menteri Besar Perak yakin bahawa Bajet 2018 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat ini bakal memberi kesan positif kepada negara dan masyarakat.

Malah, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir juga berharap ia turut mengambil kira akan keperluan negeri-negeri seperti Perak.

“Kita sudah menyatakan pandangan dan hasrat kita mahu melihat bajet yang akan dibentangkan nanti dapat memberi impak kepada semua sektor dalam masyarakat termasuk di peringkat bawah sama ada di bandar, desa, golongan berpendapatan rendah, serderhana dan sebagainya,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut yakin bahawa Bajet 2018 bakal menyentuh falsafah pembangunan yang mempunyai ‘roh dan hati’.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis Pra Pelancaran 100 Tahun Pekan Beruas Dan Citra Warisan di Padang Awam Beruas, dekat sini, pada Rabu.

Pada program berkenaan, beliau sempat menyempurnakan program Ziarah Kasih Kampung Kilang dan penyerahan geran tanah kepada penduduk setempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");