Jenayah

Pesawat Terhempas, Empat Terkorban

YAMOUSSOUKRO – IVORY COAST. Empat rakyat Moldova terkorban manakala dua lagi cedera selepas sebuah pesawat kargo membawa 10 penumpang termasuk kru yang disewa oleh tentera Perancis, terhempas ke dalam laut berhampiran lapangan terbang di bandar Abidjan di Ivory Coast, kelmarin.

Menteri Keselamatan, Sidiki Diakite berkata, seramai empat rakyat Perancis terselamat dalam nahas itu dan hanya mengalami kecederaan.

Punca kejadian itu masih disiasat dan ia dipercayai terhempas ketika cuaca buruk.

Sementara itu, jurucakap tentera Perancis memaklumkan, penghantaran pesawat Antonov itu adalah bagi melaksanakan misi logistik untuk sokongan operasi Barkhane yang memerangi kegiatan militan di wilayah Sahel di Afrika Barat lapor Press TV.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");