Perak Hari Ini

Rakyat Perlu Bersatu, Atasi Pihak Cuba Ganggu Ketidakstabilan Negara

PARIT:Keistimewaan yang dimiliki Malaysia adalah keamanan yang dikecapi kini berbeza dengan negara luar yang sedang berhadapan dengan pergolakan dan pelbagai masalah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kerajaan bagaimanapun senantiasa mengutamakan keselamatan biarpun terdapat pihak yang sentiasa mencari jalan untuk mencetuskan ketidakstabilan dalam negara ini.

“Baru-baru ini terbaca kenyataan dari pihak keselamatan mengenai penangkapan yang telah dilakukan terhadap beberapa individu yang (mahu) merosakkan keselamatan negara kita.

“Kita berterima kasih kepada pihak keselamatan yang sentiasa memberi keutamaan kepada perkara tersebut (keselamatan) dan rakyat juga perlu bersatu padu walaupun berbeza latar belakang,” katanya ketika berucap pada program Negaraku @ Komuniti peringkat Perak di sini, hari ini.

Terdahulu Program Negaraku@komuniti Peringkat Negeri Perak yang bermula pada 14 hingga 15 Oktober melibatkan dua fasa iaitu kembara Jalinan Kasih (JKK) dan Program Negaraku@komuniti telah dirasmikan Menteri Besar PerakDatuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Jelas Salleh lagi, rakyat sepatutnya mengekalkan kerajaan yang sedia ada demi kelangsungan dan masa depan negara.

“Menjadi keinginan rakyat untuk mempunyai pemimpin yang sentiasa memahami kehendak mereka, serta mampu menyediakan peluang kerja,” katanya.

Program Negaraku@komuniti Peringkat Negeri Perak menyediakan pelbagai aktiviti termasuk penyerahan sumbangan berupa keperluan harian dan barangan eletrik kepada penerima terpilih, Pemimpin Bersama Rakyat, Pameran Bersepadu (Caring Bridge) dan persembahan kebudayaan, kerohanian serta riadah selama dua hari penganjurannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");