Membawang Hari Ini

Suami Jaga Aurat Ummi Nazeera

KUALA LUMPUR: Pasangan baru berkahwin, Ummi Nazeera dan Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani terus berkongsi detik manis di laman sosial menandakan mereka bahagia meniti hidup bersama.

Melalui paparan foto di laman Instagram, peminat dapat melihat Ummi dan Dr Mohd Izzar cukup manja, apatah lagi kata-kata romantis dan bersahaja mengiringi foto yang dimuat naik.

Namun, di sebalik itu, ramai memuji tindakan suami Ummi yang menyunting gambar sebelum dikongsi bagi memastikan tidak ada bahagian tubuh atau aurat isterinya, terdedah.

Ini jelas dilihat dalam foto yang dimuat naik Ummi ketika mereka bercuti di Besut, Terengganu, baru-baru ini.

Suami bintang Bisik Pada Langit itu dilihat ‘menutup’ sebahagian daripada tangan Ummi yang terdedah ketika memandu kereta.

Menghubungi Ummi, dia menyedari tindakan suami menjaga auratnya dipuji netizen.

“Saya tahu ada yang memuji tindakan suami mengedit foto… Apatah lagi dengan keterangan gambar yang dianggap manis.

“Namun, saya tak anggap ia manis hingga nak termuntah… Ia lebih kepada keikhlasan yang datang dari hati,” katanya kepada BH Online.

Ummi menambah, Dr Mohd Izzar bukanlah jejaka ‘sweet talker’ atau pandai berkata-kata.

“Bayangkanlah, ketika melamar saya, dia duduk di sebelah dan bertanya apakah saya mahu berkahwin dengannya.

“Cukup ‘sempoi’ lamaran itu… Saya tahu dia bukanlah jenis lelaki romantik,” katanya.

Antara komen dilayangkan netizen berbunyi:

‘Saya suka bila awak tutup bahagian tangan isteri awak yang terbuka’ dan ‘Tahniah doktor kerana menjaga aurat isteri’.

Ummi dan Dr Mohd Izzar bernikah pada 23 Julai lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");