Isu Panas

Syed Saddiq Dicabar Habiskan Drama

ALOR SETAR: Pemuda UMNO Kedah mencabar Syed Saddiq Abdul Rahman, supaya menghabiskan drama kononnya Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu cuba dibeli individu tertentu.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata tuduhan cuba dibeli dan ahli keluarga Syed Saddiq diancam amat serius, dan harus didedahkan kepada umum dengan segera.

“Apa yang perlu dilakukan beliau ialah segera melaporkan pertuduhan ini kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya kebenaran dapat didedahkan akhirnya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Pada masa sama, Shaiful Hazizy berkata, pihaknya juga tertarik dengan pendedahan Syed Saddiq bahawa wujudnya ‘rangkaian dedak sistematik’ yang bertindak membeli dan merasuah beberapa pemimpin PPBM, sekaligus mengaitkan langkah itu dengan Pejabat Perdana Menteri.

Beliau berkata, kenyataan itu tidak bertanggungjawab dan seharusnya Syed Saddiq perlu membuktikannya dengan melaporkan perkara terbabit kepada pihak berwajib.

“Kita masih menunggu tindakan Syed Saddiq untuk membuktikan setiap pertuduhan dibuat beliau dan bukannya hanya lantang dalam sidang akhbar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");