Jenayah

13 Tukang Urut Warga Asing Ditahan

SHAH ALAM: Seramai 13 wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut ditahan Jabatan Imigresen Selangor selepas menyerbu empat buah pusat urut di sekitar Petaling Jaya dan Seri Kembangan dekat sini semalam.

Serbuan yang bermula pada pukul 11 malam dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian itu turut menahan empat lelaki warga asing yang bekerja sebagai penjaga premis.

Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Omran Omar berkata, serbuan tersebut dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam dan hasil risikan sejak beberapa hari lalu.

Katanya, dua dari premis tersebut pernah diserbu tahun lalu dan awal tahun ini.

“Hasil serbuan di empat premis semalam kita telah memeriksa kira-kira 40 orang warga asing dan daripada jumlah itu 17 orang ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 13 wanita bersama empat lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun. Mereka terdiri daripada warga China, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Myanmar,”katanya, menurut laporan Kosmo Online, hari ini.

Omran berkata, kesemua yang ditahan itu kemudiannya dibawa ke pejabat penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor di Seksyen 14 di sini untuk pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pas yang sah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");