Perak Hari Ini

18 Agensi Sertai Latihan Bencana Interagensi Peringkat Daerah Kinta

IPOH:Sebanyak 18 Jabatan dan agensi terlibat dalam latihan Bencana Interagensi Peringkat Daerah Kinta anjuran Angkatan Pertahanan Awam (APM) pada Isnin.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kinta, Leftenan Muda Muhammad Ameen Salleh Mura berkata sesi latihan tersebut menyaksikan demonstrasi kejadian sebuah bas tertimbus akibat tanah runtuh berhampiran Gunung Lang melibatkan 30 orang mangsa iaitu terdiri daripada orang awam.

Antara 18 jabatan dan agensi yang terlibat antaranya seperti wakil dari Pejabat Daerah dan Tanah kinta, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Kerja Raya Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Telekom Malaysia dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Pada operasi selama 2 jam 30 minit ini pada akhir latihan kita dapat saksikan tindakan penyelamat untuk membantu mangsa yang cedera seperti tugas semasa dilapangan sebenar akibat kejadian tanah runtuh,” katanya.

Terdahulu sesi latihan tersebut dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kinta Nurul Jaswa binti Abd Hamid.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");