Isu Panas

‘Bodoh Punya Kerja!’

KUALA LUMPUR: Berang dengan pembangkang yang tidak putus-putus mendakwa kerjasama Malaysia dan China adalah bagi menjual kedaulatan negara, Datuk Seri Najib Razak menyifatkannya sebagai ‘tindakan orang bodoh yang cuba memperbodohkan rakyat’.

Malah, Perdana Menteri menggunakan perkataan agak kasar dalam meluahkan kemarahannya terhadap tuduhan itu dan menegaskan segala dakwaan adalah tidak logik, mengarut serta menipu rakyat.

Katanya, hubungan Malaysia dan China di bawah pentadbirannya tidak akan sesekali menjejaskan kedaulatan negara.

“Bodoh punya kerja! Saya taklah terlalu bodoh untuk menipu Malaysia. Ini tanah air kita yang berdaulat,” katanya berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA di Wisma MCA di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab tuduhan pakatan pembangkang kononnya menerusi hubungan baik dengan China, Malaysia menjual kedaulatan melalui pembangunan Taman Perindustrian Kuantan di Pahang, Forest City di Johor dan beberapa projek lain bersama negara kuasa besar itu.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, pembangkang mendesak perjanjian itu dikaji semula kerana kononnya boleh menjejaskan kedaulatan negara.

Katanya, dakwaan itu tidak logik dan jelas usaha mengelirukan rakyat.

“Mereka kata Taman Perindustrian Kuantan orang Malaysia tidak boleh masuk (berniaga). Bodoh! Anda fikir Kuantan Industrial Park orang Malaysia tak boleh masuk?

“Pergi ke Forest City cerita macam-macam. Itu semua tanah tebus gunalah, bukan tanah Johor.

“Tanah tebus guna sebahagiannya dijual kepada pihak luar negara, manakala sebahagian lagi kepada orang tempatan.

“Anda fikir mentaliti orang Malaysia begitu bodoh hingga tak boleh berfikir sendiri?” katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan barisan kepemimpinan parti komponen BN itu.

Najib menegaskan, kedaulatan negara tidak terjejas berikutan keputusan kerajaan mengadakan hubungan ekonomi dan pelaburan dengan China.

Katanya, kerajaan mempunyai pelan yang memberi kekuatan terhadap ekonomi negara seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");