Isu Panas

Isu 1MDB: PDRM Tunggu Arahan Jabatan Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan tindakan-tindakan siasatan yang diarahkan oleh Jabatan Peguam Negara dan telah merujuk kembali kertas siasatan berkenaan ke jabatan tersebut berhubung siasatan skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Perkara itu telah dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

“Kertas siasatan polis berhubung siasatan ke atas 1MDB telah beberapa kali dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara dan dikembalikan semula dengan arahan untuk melaksanakan beberapa tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan daripada Tony Pua (Petaling Jaya Utara-DAP).

Tambahnya, sehingga kini, PDRM sedang menunggu nasihat dan arahan selanjutnya daripada Jabatan Peguam Negara.

Pada 20 September lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata, siasatan terhadap skandal 1MDB selesai selepas tiga bulan tempoh Jabatan Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut mengenai isu itu.

Katanya, tiada sebarang perkembangan baru untuk dimaklumkan setakat ini, kecuali ada arahan daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) dan Kabinet.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");