Perak Hari Ini

MB Perak Luah Rasa Simpati, Prihatin Mangsa Banjir Pulau Pinang

TASEK GELUGOR: Atas dasar keprihatinan dan kemanusiaan, Menteri Besar Perak, bersama-sama dengan beberapa jentera kerajaan dan agensi keselamatan negeri turun padang dan meninjau beberapa kawasan di Pulau Pinang, yang terkesan akibat bencana  banjir minggu lalu.

Dinamakan ‘Team (Pasukan) Bencana’, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia terdiri daripada 800 orang petugas yang melibatkan antaranya beberapa anggota EXCO Kerajaan Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, RELA Perak, Yayasan Bina Upaya (YBU) serta  20 jentera daripada Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Daerah Kerian, Selama, Gerik, dan Manjung.

“Kita hari ini memfokuskan kawasan-kawasan yang masih mempunyai pusat-pusat pemindahan sementara khususnya di Parlimen Tasek Gelugor.

 

“Daripada 12 buah kampung kita pecah kepada 8 kumpulan yang mana kita memberi perhatian khusus kepada kawasan-kawasan yang masih terjejas.

“Kita sudah melawat di beberapa kawasan seperti di Balik Pulau dan Bagan,  namun kawasan ini nampaknya sangat memerlukan perhatian,” katanya.

 

Menurutnya lagi, menerusi lawatan satu hari ini ia juga merupakan sebagai satu simbolik kepada keprihatian yang merentasi batas garisan fahaman politik.

“Ini bukan soal kita datang kerana apa, malah, kalau dilihat kawasan ini, ia merupakan kawasan yang bersempadan dengan Negeri Perak dan sebarang permasalahan ini, kita ingin sama-sama berkongsi dan akan menyelesaikan ia bersama-sama.

“Kita juga tengok, Yang Berhormat-Yang Berhormat di sini, juga membuka bilik gerakan masing-masing, tanpa mengira latar belakang politik mereka,” ujarnya.

 

Beliau berkata demikian kepada media ketika melawat rumah-rumah mangsa banjir dekat Kampung Padang Cempedak, dekat sini, pada Jumaat.

Terdahulu, Zambry sempat melawat di beberapa pusat pemindahan dan beberapa kampung yang terjejas antaranya, Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Padang  Menora, Dewan JKKK Padang Menora, Kampung Padang Menora dan Pusat Pengurusan Banjir Parlimen Taseuk Gelugor Pokok Tampang.

Selain melawat beliau juga berkesempatan turut membersihkan beberapa rumah-rumah mangsa banjir beserta beberapa sukarelawan.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Setakat semalam, sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara masih dibuka dan 26 telah ditutup.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");