Berita Hari Ini

Pembiayaan Keganasan: 346 Transaksi Dikesan

SHAH ALAM – Sebanyak 346 transaksi mencurigakan (STR) berkaitan pembiayaan keganasan telah dikesan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Jumlah itu diperolehi di antara bulan Januari hingga Jun tahun ini.

Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, ia hasil perkongsian risikan dengan institusi kewangan serta peningkatan ancaman kumpulan Daesh.

“Daripada jumlah itu, 34 didedahkan untuk tindakan lanjut agensi penguatkuasa.

“Jumlah ini turut menunjukkan berlaku peningkatan hampir tiga kali ganda berbanding hanya 93 STR dengan 14 pendedahan bagi 2015,” katanya yang dipetik laporan Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Menangani Pembiayaan Keganasan kali ke-3, di sini, hari ini.

Muhammad berkata, ekoran perkara itu, bank pusat kini sedang meneliti peraturan baharu bagi sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan yang mewajibkan mereka melaporkan urus niaga wang di sektor berisiko tinggi.

“Sektor berisiko tinggi akan ditentukan mengikut risikan pihak berkuasa pada sektor yang dilihat berisiko tinggi dalam membiayai aktiviti keganasan.

“Ia bagi memenuhi komitmen Malaysia untuk meningkatkan pemantauan dan pendedahan berhubung pembiayaan berkaitan keganasan di rantau ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");