Isu Panas

‘Pemimpin Bodek, Kenapa Masa Tun Dulu Tak Tegur?’

KUALA ROMPIN – “Orang politik semua ada agenda, yang tiada agenda hanya orang biasa seperti nelayan, pergi ke laut untuk cari ikan.”

Demikian luah seorang vateran Umno, Abdul Khalid Mohamad, 60, yang tidak menggemari dengan perbuatan sesetengah pemimpin Umno masa kini yang mengutuk atau mendedahkan keburukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tegasnya, sewaktu tokoh negarawan itu menjadi perdana menteri, tiada pula yang mahu menegur seperti yang dilakukan sekarang.

Menurutnya yang berasal dari Kampung Salang, Pulau Tioman, untuk menjadi pemimpin tidak kira apa parti biar ikhlas, tegur jika ada yang buruk manakala beri pujian sekiranya ia baik.

Katanya, sekarang pun sama semua senyap apabila ada kesalahan atau kekurangan dilakukan pemimpin namun yang berbezanya rakyat masa kini sudah pandai berfikir serta menilai.

“Saya cakap yang benar, kenapa sekarang baru nak sibuk tegur dia (Mahathir), kenapa dulu tidak? Inilah bukti masing-masing pun ada agenda.

“Sepatutnya masa dia berkuasa pemimpin lain tegur dan ketika itu boleh betulkan keadaan, kalau sekarang maknanya selama ini mereka hanya membodek, kerja tak ikhlas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu laporan sebuah portal

Dalam laporan itu, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin mendakwa, Mahathir sengaja membiarkan Umno diharamkan selepas beliau hampir kalah dengan Tengku Razaleigh Hamzah sewaktu pemilihan kepimpinan parti itu pada tahun 1988.

Hasan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut mendedahkan tindakan Mahathir itu bagi mengelakkan pemilihan semula jawatan Presiden Umno di antara beliau dan Tengku Razaleigh, yang mana beliau hanya menang tipis sebanyak 43 undi melebihi Tengku Razaleigh.

Perkara itu sanggup dilakukan oleh Mahathir menurut Hassan adalah kerana kesetiaan beliau terhadap Umno hanyalah selama mana parti itu boleh dipergunakan untuk menjayakan agenda politik peribadi beliau.

Hasan dilaporkan berkata demikian ketika dijemput sebagai panelis Program Siri Jelajah Penerangan Perjuangan 4All di Shah Alam, malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");