KUALA LUMPUR – Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 meningkat 7 sen, menjadi RM2.31 seliter dari RM2.24.
Petrol RON97 pula naik 6 sen, menjadi RM2.60 dari RM2.54 seliter.
Harga diesel pula naik 3 sen, menjadi RM2.20 dari RM2.17.
Kesemua harga baru berkuatkuasa hari ini sehingga 15 November depan.
Harga terbaru dimaklumkan oleh laman Twitter Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebentar tadi.
Komen & Pendapat