Sukan Hari Ini

Real Akan Perbaiki Mutu Permainan: Zidane

ZINEDINEZ Zidane yakin Real Madrid akan terus memperbaiki persembahan selepas melakar kemenangan 3-2 ke atas Malaga dalam saingan LaLiga, semalam.

Aksi penuh dramatik di Santiago Bernabeu menyaksikan juara Sepanyol itu bolos dua kali selepas mendahului perlawanan sebelum Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kemenangan 14 minit sebelum perlawanan berakhir.

Kemenangan Real ini masih jauh daripada persembahan yang memberangsangkan, tetapi Zidane berasakan mereka berada pada landasaran tepat selepas meraih tiga kemenangan dan satu seri dalam semua pertandingan.

Kemenangan ini tepat pada masa apabila Valencia dan Barcelona bakal bersaing di Mestalla hari ini dan Zidane berharap aksi konsisten dapat diteruskan.

“Kami meraih tiga mata, tetapi akan berusaha untuk mempertingkatkan lagi mutu permainan,” kata Zidane, menusut Stadium Astro.

“Apa yang mahu adalah Real meraih tiga, empat, lima, enam, tujuh kemenangan berturut-turut selepas ini.

“Kami bermula dengan baik dan menjaringkan gol pertama. Tetapi bersambung dalam babak kedua, pasukan lawan mula memberikan asakan.

“Kami sangat gembira dengan keputusan ini. Kami berjaya meraih kemenangan.

Jaringan kemenangan Ronaldo merupakan gol keduanya daripada sembilan perlawanan musim ini, Zidane turut mengharapkan peningkatan dalam persembahan Ronaldo untuk aksi akan datang.

“Dia memiliki banyak peluang dapat perlawanan ini, tetapi penjaga gol [Roberto] berada pada tahap terbaik. Ronaldo akan mempamerkan aksi lebih cemerlang pada perlawanan akan datang.”

Real kembali dalam saingan Copa del Rey bertemu Fuenlabrada pada Selasa sebelum menghadapi ujian bertemu Athletic Bilbao untuk aksi LaLiga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");