Jenayah

Tinggalkan Bangunan KPDNKK Selepas Dipujuk

SHAH ALAM: Susulan protes merantai kaki dan plaster mulut di lobi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) oleh pengusaha stesen minyak, Fadzilah Abdul Hamid, 57, polis mengambil pendekatan memotong rantai dan meminta lelaki itu meninggalkan bangunan kerajaan tersebut.

Menerusi video dimuat naik Biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) malam kelmarin, seorang anggota polis memperkenalkan dirinya dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya meminta Fadzilah meninggalkan lobi bangunan.

Memetik laporan Sinar Harian, tiada sebarang respons daripada Fadzilah, malah dia juga enggan berkomunikasi menyebabkan pihak polis memaklumkan pihaknya terpaksa menahannya jika terus berdegil tidak mahu meninggalkan bangunan KPDNKK.

“Kita akan potong mangga ini dan minta kerjasama haji (Fadzilah). Saya tak mahu guna kekerasan dan berlaku kekerasan.
“Saya minta maaf terlebih dahulu sebelum potong mangga pada rantai haji. Kalau haji beredar dari sini, kita tidak akan buat tangkapan. Minta haji beredar dari sini. Kita betul-betul minta haji untuk beredar dari sini.
“Kalau haji berkeras kita buat tangkapan atas haji sebab menghalang atau ingkar arahan untuk beredar dari sini,” katanya.
Sebelum itu, pada sebelah petang kelmarin, Fadzilah tiba bersama rombongan PPIM di lobi bangunan KPDNKK Putrajaya, bertindak menutup mulut dan merantai kakinya dengan rantai besi sepanjang 40 meter sebelum duduk di tangga lobi.
Bagaimanapun, selepas dipujuk oleh Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi, Fadzilah akur dan diusung keluar meninggalkan lobi bangunan KPDNKK dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna MPV berwarna putih, kira-kira jam 9 malam
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");