shadow

GEDUNG IKEA Tebrau yang sudah laman dinanti-nantikan oleh penduduk Johor akhirnya telah dibuka kepada orang ramai pada 16 November lalu.

Namun, belum sampai tempoh sebulan gedung di selatan tanah air itu dibuka, sudah ada berita yang kurang enak didengari.

Di laman sosial, tular beberapa keping gambar keadaan ruang pameran di gedung itu yang bersepah, seperti baru sahaja dilanggar todak!

Gambar-gambar yang dikongsikan seorang netizen itu menunjukkan keadaan katil yang bersepah dan mainan kanak-kanak bertaburan di ruang bilik pameran kanak-kanak.

“Pergi lawat kawasan di IKEA Tebrau. Subhanallah. Cuba korang tengok, begini ke cara orang-orang kita? Sungguh memalukan,” tulis pemuat naik gambar yang menggunakan akaun nama Dino Daneil LJ di Facebook.

Rata-rata netizen mengecam keras tindakan segelintir pengunjung yang diibaratkan berperangai seperti ibarat ‘lembu terlepas kandang’.

Bagaimanapun menurut Amieyzsa, dia mendakwa para pengunjung yang tidak menjaga adab itu merupakan orang luar yang datang daripada ‘negara’ lain.

“Kan.. negeri Johor ni dah dipenuhi dengan orang negeri timur, tengok la jakun dia macam mana,” katanya.

Tidak kurang juga pengguna Facebook Hafiz Hasan yang mengatakan majoriti penduduk Johor tidak berperangai sedemikian melainkan orang luar yang bermastautin.

“Susah buat kat Johor ni sebab ramai merempat kat sini. Lepas itu yang datang macam binatang. Al-maklumlah, kat tempat diorang nak tengok signboard pon susah, inikah tempat maju macam di Johor,” katanya.

Disamping itu, netizen turut membandingkan sikap pengunjung di dua cawangan lain di Damansara dan Cheras di mana biarpun sudah bertahun ia dibuka, tidak pernah sekalipun berlaku insiden sebegini.

“IKEA Damasara dan IKEA Cheras tak ada pula jadi seperti ini. Mentaliti low class,”kata Faiz Foat.

“Betul, Ikea Cheras & Ikea Damansara walaupun saya datang pada hujung minggu tak pernah pula nampak berselerak macam ini,” kata Nur Dhilia.

Apa pun netizen di media sosal dinasihatkan supaya tidak membangkitkan sebarang sentimen atau komen yang berkaitan dengan bangsa dan kenegerian.

Kejadian yang berlaku ini sebenarnya adalah sikap dan perangai individu yang tidak bertanggungjawab. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat