Perak Hari Ini

Waspada Panggilan Palsu, Jangan Jadi Mangsa

IPOH:Orang ramai disaran supaya tidak mudah untuk terpedaya dengan panggilan kononnya dari ‘bank’ mengenai jumlah tunggakan pinjaman atau meminta pengesahan transaksi kad kredit.

Adun Bercham, Cheong Chee King berkata dua kes melibatkan penipuan atas talian yang dirujuk kepadanya baru-baru membuktikan penipuan ini masih berleluasa dan sedang mencari mangsa.

Katanya lagi, terdapat pelbagai modus operandi yang kerap digunakan oleh pemanggil palsu termasuk penipuan klon nombor telefon yang mirip pelbagai agensi seperti Bank Negara.

Terdahulu, seorang wanita yang ingin digelar sebagai Su Heng mengalami kerugian sekitar RM20,000 apabila menerima satu panggilan telefon yang mendakwa dia telah berbelanja sejumlah wang menggunakan kad kredit dalam kejadian yang berlaku pada 1 Jun lalu.

“Saya terima satu panggilan telefon mengadakan saya telah membelanjakan sejumlah RM3698.48 menggunakan kad kredit di Kuala Lumpur namun saya tidak pernah ke sana dan meminta saya menghubungi Bank Negara dengan nombor yang diberinya, kerana bimbang nama saya akan disenarai hitam saya terus menghubungi nombor tersebut dan memberikan butir diri yang diminta,” katanya dalam satu sidang media Pusat Khidmat Adun Bercham di sini hari ini.

Jelasnya lagi, setelah memberikan maklumat Su Heng diminta untuk menutup semua akuan bank yang dimiliki dan menunggu dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun setelah Su Heng mendapati sesuatu yang pelik sedang berlaku dia bergegas ke bank dan mendapati wang di tiga akaun banknya telah tiada.

Su Heng telah membuat satu laporan Polis dan meminta agar pihak Polis menyiasat sindiket penipuan tersebut.

Sementara itu bagi kes penipuan kedua melibatkan syarikat kewangan di laman Facebook yang menawarkan skim mudah bagi membantu menyelesaikan masalah kewangan dan memberikan pinjaman mudah kepada peminjam.

Pengadu yang ingin dikenali sebagai Mei Lin berkata syarikat tersebut menawarkan kaedah penstrukturan semula kewangan bagi membantu menyelesaikan masalah kewangan dialaminya pada Mac lalu.

“Saya diminta mendaftarkan maklumat diri di satu laman facebook dan diminta membayar sejumlah wang pendahuluan bagi membuat pinjaman wang secara atas talian.

“Pada waktu itu saya menerima mesej Whatsapp daripada syarikat itu meminta saya membuat bayaran sebanyak RM5,370 berikutan cek pinjaman telah pun siap namun selepas itu nombor tersebut gagal dihubungi,” katanya.

Katanya lagi, pihak syarikat tersebut turut memintanya membuka satu akaun bank dan sehingga waktu tersebut wang pinjaman tersebut masih belum diperolehinya.

Berikutan kejadian itu Mei Lin kerugian sekitar RM4,000 dan satu laporan polis telah dibuat olehnya pada 12 April lalu.

Sehubungan itu orang ramai diminta supaya berfikir secara rasional dan tidak melaksanakan arahan yang diberikan pemanggil serta jangan mendedahkan sebarang maklumat peribadi menerusi panggilan telefon atau pendaftaran atas talian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");