Sukan Hari Ini

KAFA Terima RM2 Juta Untuk Hadapi Liga-M 2018

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan menerima tajaan sebanyak RM2 juta daripada beberapa penaja sebagai persiapan skuad The Red Warriors (TRW) dalam menghadapi saingan sengit Liga Malaysia (Liga-M) tahun depan.

Menerusi laporan portal Stadium Astro, Presiden KAFA, Bibi Ramjani IIias Khan menjelaskan tajaan itu merangkumi segala bentuk termasuk kewangan, logistik, kelengkapan jersi pasukan dan sebagainya.

“Alhamdulillah, hari ini kita menerima tajaan daripada penaja baharu iaitu Syarikat Al-Quds Umrah & Tours yang akan membantu kita dari segi tiket penerbangan dan penginapan apabila beraksi di gelanggang lawan.

“Kita juga masih menerima tajaan daripada rakan niaga Kafa iaitu Excel Print & Copy Center, Pakaq Gomo Gymnasium , Exa Supply & Services Sdn Bhd dan Klinik Mesra,” katanya selepas menandatangani Perjanjian dan Memorandum Persefahaman (MoU) Penajaan Penaja dan Rakan Niaga  di Kota Bharu, petang semalam.

Ketika ditanya berkenaan penaja utama yang masih belum diumumkan, Bibi Ramjani berkata pihaknya masih mengadakan rundingan terakhir bagi mencapai persetujuan bersama terutama dari segi nilai tajaan.

“KAFA masih berunding dengan syarikat automotif dan kewangan sebagai penaja utama tahun ini. Kita minta mereka (penaja) tambah sedikit lagi nilai tajaan dan Insya-Allah, jika semuanya selesai, kita akan diumumkan secepat mungkin,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Bibi Ramjani turut mengumumkan kesediaan dua penaja musim ini iaitu Yakult Malaysia Sdn Bhd dan Rohm Wako Electronic (Malaysia) masih mahu meneruskan tajaan bersama KAFA.

“Mereka (kedua-dua syarikat) akan memberikan keputusan pada 10 Disember ini dan rundingan berjalan dengan lancar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");