Sukan Hari Ini

Man United Benam Arsenal, Lingard Jaring Dua Gol

KELAB Arsenal dilihat mendominasi di awal permainan tetapi diatasi oleh gol pembukaan pemain Manchester United, Antonio Valencia pada minit keempat.

Dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris itu, Red Devils menewaskan The Gunners dengan 3-1.

Sementara itu pada masa 12 minit pertama, pasukan di bawah pengurus Jose Mourinho mencatatkan dua gol, menerusi jaringan kedua oleh Jesse Lingard (11′) lapor Mstar Online.

Arsenal hanya mampu mengejar meraih satu gol dibantu Alexandre Lacazette pada minit ke-49.

Lingard sekali lagi membolosi gawang lawan pada minit ke-63.

Sehingga ke akhir pemainan di Stadium Emirates, London, Manchester United kekal dengan 3-1.

Manchester United kini di tangga kedua dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 35 mata, manakala Arsenal dua tangga di belakang meraih 28 mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");