Isu Panas

Mungkin Dia Sendiri Pernah Buat Maksiat: Ismail Sabri Selar Wan Ashima

“Macam mana dia tahu kalau dia sendiri pernah buat”

Demikian telahan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya mengenai dakwaan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin kononnya wujud kegiatan maksiat setiap kali Perhimpunan Agung Umno (PAU).

Ismail sekaligus menyangkal dakwaan Wan Ashima dan menganggap ia sebagai satu dakwaan tidak senonoh yang sengaja diwujudkan bagi memburukkan UMNO.

Malah jelas beliau, sekiranya perkara itu benar-benar berlaku sejak 17 tahun lalu maka Wan Ashima sepatutnya menjadi individu pertama yang menegur serta membanteras kegiatan tidak senonoh berkenaan.

“Saya tidak pernah mendengar perkara ini mungkin kerana saya tidak berbuat demikian dan bagaimana dia boleh tahu wujud kegiatan maksiat sepanjang PAU jika dia sendiri pun pernah buat.

“Sepatutnya jika gejala maksiat ini dah berlaku sejak 17 tahun lalu, ketika dia bersama UMNO lagi dia sudah membuat teguran dan melaporkan pada pihak berwajib, bukannya selepas keluar parti baru nak buat kecoh.

“Ini sememangnya satu tuduhan yang tidak berasas, bagaimana dia boleh berdiam akan kegiatan maksiat ini selama 17 tahun lalu dan sekarang pelbagai tomahan pula dilemparkan,” katanya pada sidang media di Majlis Perlancaran Program ‘Back To School’ YPM@KKLW 2018 di PWTC hari ini.

Terdahulu, portal rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan gesaan seorang bekas anggota Umno yang menuntut pelaksanaan operasi pencegahan maksiat secara besar-besaran bersempena Perhimpunan Agung Umno (PAU.

Harakahdaily memetik Wan Asshima Kamaruddin yang berkata, setiap kali Perhimpunan Agung Umno banyak berlaku pasangan yang berkhalwat berdasarkan pengetahuan beliau selama 17 tahun pernah bersama parti itu.

“Beliau membuat pendedahan itu kerana tidak mahu lagi bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan maksiat setiap kali berlangsung PAU,” lapor Harakahdaily.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");