Sukan Hari Ini

Neymar Yakin PSG Akan Kalahkan Real Madrid

Neymar bertekad untuk menjulang Paris Saint-Germain (PSG) menyingkirkan Real Madrid dalam pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara.

Pendahulu Ligue 1 itu yang mengatasi Bayern di peringkat kumpulan, mendapat undian sukar bertemu juara bertahan itu yang dikalahkan Tottenham Hotspur di peringkat yang sama.

Pada pusingan 16 musin yang lalu, PSG telah menjadi sensasi apabila berjaya kalahkan Barcelona 4-0 dalam pertemuan yang pertama sebelum tewas 6-5 secara agregat.

Walau bagaimanapun, Neymar yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Los Blancos, percaya pasukannya tidak akan tumbang kali ini.

Neymar berkata bahawa beliau tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar, tetapi pemain Real Madrid telah dibentuk selama bertahun-tahun dan bercita-cita untuk memenangi gelaran buat kali ketiga.

Namun, Neymar yakin kepada pasukannya akan menewaskan Real Madrid.

“Kami mahu menempa sejarah dan kami akan melakukan segala yang mungkin untuk mengalahkan mereka,” tambahnya.

Agenda utama Madrid ketika ini adalah pertembungan dengan Barca dalam aksi El Clasico esok untuk mereka berusaha merapatkan defisit 11 mata.

Jurulatih PSG, Unai Emery, yang akan hadir menonton aksi El Clasico itu berpesan kepada barisan kendalian Zinedine Zidane agar memanfaatkan kelebihan di Santiago Bernabeu.

“Mereka banyak kehilangan mata, namun jika ada pemenang esok, maka ia haruslah Real Madrid kerana mereka bermain di tempat sendiri,” kata Emery kepada Marca.

“Dalam perlawanan getir, saya yakin mereka akan bertambah bagus. Real Madrid masih mempunyai pasukan yang sangat bagus.”

– STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");