Berita Hari Ini

Pendakwah AS Pula Dilarang Masuk Singapura

SINGAPURA – Pendakwa dan penceramah dari Amerika Syarikat (AS), Yusuf Estes dilarang memasuki republik tersebut pada 24 November lalu kerana pernah meluahkan pendapat yang dianggap tidak boleh diterima.

“Pendapat yang memecah belah boleh mewujudkan sifat tidak bertolak ansur yang boleh merosakkan keharmonian sosial dan menyebabkan masyarakat berpecah belah,” kata Kementerian Dalam Negeri Singapura dalam satu kenyataan lapor Sinar Harian.

Menurut laporan Straits Times, kementerian mengesahkan larangan terhadap Yusuf selepas berunding dengan Majlis Agama Islam Singapura (MUIS).

Dalam satu video yang dirakam pada 2012, Yusuf pernah mengatakan menyambut perayaan bukan Islam dan mengucapkan ‘selamat hari Krismas’ kepada penganut Kristian dan ‘selamat hari Hanukkah’ kepada penganut Yahudi bukan sebahagian dari amalan Islam.

Yusuf juga mempersoalkan asas keagamaan Kristian dalam satu artikel Disember lepas, selain menasihatkan supaya orang Islam tidak menyambut perayaan yang penganut Kristian sendiri tidak sambut.

Yusuf yang menukar agamanya dari Krisitan kepada Islam pada 1991 juga pernah mempertikaikan kitab agama Kristian, Bible.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");