Perak Hari Ini

Wang, Emas Hampir RM800,000 Lesap Diganti Dengan Buah, Air Minuman

IPOH:”Orang ramai dinasihati supaya lebih berhati-hati sekiranya disapa dengan orang yang tidak dikenali dan tidak mudah mempercayai mereka kerana banyak kes didapati telah berlaku,”kata Ketua Biro Perkhidmatan Komuniti Gerakan Perak Ipoh Timur, Chek Kwong Weng.

Terdahulu dalam satu sidang media, seorang warga emas mengalami kerugian hampir RM836,000 melibatkan keseluruhan harta bendanya setelah terpedaya dengan tiga individu yang menawarkan kaedah perubatan dari sejenis tumbuhan herba.

Kejadian berkenaan disedari, semalam selepas lapan hari wanita berusia 65 tahun itu didatangi dua wanita yang membawanya kepada seorang individu dipercayai warga China kononnya boleh menyembuhkan penyakit kronik yang dihidapi mangsa.

Malah kata mangsa, individu tersebut mendakwa sekiranya mangsa tidak menyerahkan harta miliknya, dikhuatiri juga anak perempuannya juga akan dijangkiti penyakit tersebut.

“Semasa mangsa sedang berbelanja di pasar, suspek disapa oleh dua orang individu yang bercerita mengenai sejenis tumbuhan herba diberi nama Yit Mou bagi menyembuhkan penyakit yang dihidapinya dan mangsa yang berminat untuk mengetahuinya telah mengikuti suspek ke kereta serta meminta mangsa menyerahkan semua harta yang dimilikinya.

“Mangsa kemudiannya pulang ke rumah dan mengambil semua barangan serta wang tunai dan berjumpa suspek di hadapan sebuah sekolah di pekan Menglembu lalu menyerahkan wang tunai dalam USD anggaran bernilai RM180,000, RM10,000 (yuan), RM5,000 (won), dua utas jam tangan berjenama bernilai RM60,000 dan barang kemas bernilai RM600,000,” kata Check Kwong yang mewakili mangsa.

Menurutnya, sebagai balasan bayaran itu, mangsa telah diberikan satu beg plastik hitam dikatakan mengandungi pokok herba yang boleh menyembuh segala penyakit bagaimanapun mangsa juga dilarang membukanya selepas sebulan.

“Namun, setelah seminggu berlalu, mangsa mula berasa tidak sedap hati dan membuka beg plastik tersebut, dia terkejut apabila ia hanya mengandungi buah-buahan serta jus minuman semata-mata,” katanya.

Mangsa kemudian membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu pada 5 Disember lalu.

Berikutan kejadian itu, Check Kwong menasihati orang ramai supaya memaklumkan kepada ahli kerluarga terdekat sekiranya didatangi oleh orang yang tidak dikenali supaya tidak tersalah langkah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");