Jenayah

24 Maut Akibat Flu Di Ireland

DUBLIN – Seramai 24 penduduk Ireland maut akibat dijangkiti flu, lapor agensi berita Xinhua, memetik sumber pegawai kesihatan tempatan pada Khamis.

Pegawai Perkhidmatan Kesihatan Eksekutif, Dr Kevin Kelleher berkata, kebanyakan yang meninggal dunia itu turut mempunyai masalah kesihatan lain.

Beliau berkata, kematian membabikan pesakit di semua peringkat umur.

Berdasarkan maklumat terkini katanya, kes jangkitan flu meningkat sama ada pada minggu lepas atau minggu ini.

Musim flu bermula kira-kira seminggu sebelum Krismas dan tahun ini situasi itu merupakan yang kelima terburuk dalam tempoh 17 tahun.

Bagi mencegah penularan, HSE menyeru orang ramai yang berisiko tinggi, terutamanya warga tua serta kanak-kanak, untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Selain itu, HSE berharap vaksin dapat diberikan secara percuma terutamanya kepada mereka yang berisiko lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");