Sukan Hari Ini

AFC B-23: Boy Tidak Pernah Terlintas Jadi Wira

TONGGAK tengah skuad B-23 negara, Danial Amier Norhisham, yang mesra disapa Boy tidak pernah berniat untuk menjadi wira selepas jaringan tunggalnya menentang Arab Saudi malam tadi membawa skuad negara ke suku akhir Kejohanan AFC B-23 di China.

Memetik laporan Stadium Astro, Danial mencipta sensasi di Stadium Kunshan apabila meledak gol buat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu dalam perlawanan terakhir Kumpulan C.

Bukan sahaja memastikan kemenangan sulung buat pasukan, gol itu juga membolehkan sejarah tercipta apabila skuad negara melangkah ke suku akhir kejohanan buat kali pertama.

Lebih menarik, ia gol sulung pemain berasal dari Hulu Langat, Selangor, itu sejak mula membarisi pasukan itu pada Julai tahun lalu.

“Saya pun tidak sangka.

“Semua orang tahu saya bukanlah pemain pilihan utama sebelum ini.

“Alhamdulillah apabila mendapat peluang, saya memberi aksi terbaik untuk pasukan,” kata pemain yang mewakili Felda United itu di peringkat kelab.

Danial kini tampak berada di prestasi terbaiknya selepas turut berjaya menampilkan aksi memuaskan ketika bertemu Jordan dalam perlawanan kedua, Sabtu lalu, menerusi umpanan kepada Akhyar Rashid yang kemudiannya memenangi sepakan penalti.

Kelibatnya pasti ditagih untuk perlawanan suku akhir bertemu juara Kumpulan D, Sabtu ini.

“Kami tidak boleh terlampau bangga (dengan pencapaian ketika ini).

“Kami hanya memberikan yang terbaik dan kami akan buat yang lebih baik lagi. Kami perlu berusaha dua kali ganda,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");