Berita Hari Ini

Empat Poliklinik ATM Dibina Tahun Depan

KUALA NERUS: Sebuah poliklinik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal dibina di Kem Sri Pantai, Seberang Takir, di sini, tahun depan.

Poliklinik ATM yang bakal beroperasi sama seperti hospital daerah itu turut akan menyediakan pelbagai perkhidmatan perubatan kepada anggota dan keluarga serta veteran ATM.

Panglima ATM, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, berkata selain Terengganu, empat lagi negeri turut memperoleh kemudahan sama, iaitu di Kem Penrissen di Kuching, Sarawak yang kini sudah dalam pembinaan.

“Tiga lagi negeri yang bakal memperoleh kemudahan ini ialah Pahang, Kedah dan Sabah.

“Poliklinik yang bakal dibina ini untuk memberi perkhidmatan kepada anggota tentera dan keluarga serta veteran. Kita jangka ia juga akan memiliki mesin dialisis untuk kegunaan pesakit buah pinggang.

“Pembinaan poliklinik ini sudah diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2018 yang lalu. Ia bakal berfungsi sama seperti hospital daerah yang menempatkan pegawai perubatan tentera,” katanya selepas Majlis Sepetang Bersama Veteran ATM Terengganu, pada Isnin lapor Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");